Di suatu petang 15 Disember 2010, Nana (bukan nama sebenar) seorang pekerja yang berdedikasi, turun dari apartment rumah sewa beliau untuk bertemu dengan penyelianya walaupun di luar waktu pejabat.
“Hisyy.. En. Izwan ni (bukan nama sebenar juga).. dah lepas waktu opis pon nak citer pasal keje ker?” getus hatinya.
Sesampai di hadapan hentian bas sebagaimana dijanjikan, kelihatan penyelia beliau sdg menunggu sambil mengetap bibir, sedang menahan amarahnya.
Boss : “Hei Nana! Ko tau tak ape yang ko dah buat?!” – tanpa sebarang salam.
Nana : “Buat apenye En. Izwan?” – Nana dalam keadaan terpinga-pinga
Boss : “Buat apa Ko tanya? Ko sengaja buat tak tahu yer!” - dalam keadaan marah
Nana: “Sumpah sy tak tau apa En Izwan cakap ni.. Apa salah saya?”
Boss: “Ko ingat aku tak tau, ko yang report kat boss besar pasal aku selalu bukak FB tyme keje kan?”
Nana: “Isyy.. mana ader?! Saya ngan boss besar lagi la tak rapat.. Wat per sy nak report2 pasal En. Izwan?”
Boss: “Ooo… Ko ingat aku tak tau laa.. abis saper lagi kalo bukan ko dlm Unit kita yang tau aku slalu bukak FB tyme keje? Takde orang lain dahh.. memang keje ko la nih..”
Nana: “Isyy… sumpah saya x buat En. Izwan.. Pandai2 jer Encik tuduh2 orang”
Boss: “Ko buat la camni kt aku..Depan aku, ko bukan main baik lagi.. X sangka ko tikam aku dr belakang”
Nana: “Lantak la En. Izwan nak kata aper pon… Saya tak buat menda-menda tu.. Saya tak bersalah” – matanya sedikit berkaca (rugi lak tak rakam video).
Boss: “Ko tunggu sini..”
Si penyelia berjalan menghala ke kereta beliau yang berdekatan dan mengambil satu bungkusan. Bungkusan itu diserahkan kepada nana sambil berkata:
Boss : “Nah nana, hutang yang dah lama aku lom jelaskan.. Ko makan la ramai2 kat atas yer..” sambil tersenyum dan menyerahkan sekotak pizza Do***os regular
Nana: “ENCIK IZWAAANNNNN!!!”
No comments:
Post a Comment