Wednesday, December 15, 2010

TRAGEDI MENIMPA NANA (KISAH SUSPENS)

Di suatu petang 15 Disember 2010, Nana (bukan nama sebenar) seorang pekerja yang berdedikasi, turun dari apartment rumah sewa beliau untuk bertemu dengan penyelianya walaupun di luar waktu pejabat. 

“Hisyy.. En. Izwan ni (bukan nama sebenar juga).. dah lepas waktu opis pon nak citer pasal keje ker?” getus hatinya. 

Sesampai di hadapan hentian bas sebagaimana dijanjikan, kelihatan penyelia beliau sdg menunggu sambil mengetap bibir, sedang menahan amarahnya. 


Boss : “Hei Nana! Ko tau tak ape yang ko dah buat?!” – tanpa sebarang salam. 

Nana : “Buat apenye En. Izwan?” – Nana dalam keadaan terpinga-pinga 

Boss : “Buat apa Ko tanya? Ko sengaja buat tak tahu yer!” - dalam keadaan marah 

Nana: “Sumpah sy tak tau apa En Izwan cakap ni.. Apa salah saya?” 

Boss: “Ko ingat aku tak tau, ko yang report kat boss besar pasal aku selalu bukak FB tyme keje kan?” 

Nana: “Isyy.. mana ader?! Saya ngan boss besar lagi la tak rapat.. Wat per sy nak report2 pasal En. Izwan?” 

Boss: “Ooo… Ko ingat aku tak tau laa.. abis saper lagi kalo bukan ko dlm Unit kita yang tau aku slalu bukak FB tyme keje? Takde orang lain dahh.. memang keje ko la nih..” 

Nana: “Isyy… sumpah saya x buat En. Izwan.. Pandai2 jer Encik tuduh2 orang” 

Boss: “Ko buat la camni kt aku..Depan aku, ko bukan main baik lagi.. X sangka ko tikam aku dr belakang” 

Nana: “Lantak la En. Izwan nak kata aper pon… Saya tak buat menda-menda tu.. Saya tak bersalah” – matanya sedikit berkaca (rugi lak tak rakam video). 

Boss: “Ko tunggu sini..” 

Si penyelia berjalan menghala ke kereta beliau yang berdekatan dan mengambil satu bungkusan. Bungkusan itu diserahkan kepada nana sambil berkata: 

Boss : “Nah nana, hutang yang dah lama aku lom jelaskan.. Ko makan la ramai2 kat atas yer..” sambil tersenyum dan menyerahkan sekotak pizza Do***os regular

Nana: “ENCIK IZWAAANNNNN!!!” 

Demikianlah tragedi yang telah menimpa nana pada petang itu, sungguh malang nasib beliau kerana memiliki seorang boss yang pandai berlakon dan kaki buli itu.. Hehehe… Sekian..


Nana seorang pegawai yang berdedikasi dan skema
(gambar sekadar hiasan semata-mata)  :-) 

Sunday, December 5, 2010

Tahniah - Faize & Sity

Setelah mengemas umah secara maksimum di pagi sabtu ni, meredah hampir 2 jam traffic jem dari Sg. Besi barula sampai umah kawan aku sorang ni kat area Batu Caves. Huhuu... kerna hajatmu sahabat kuturutkan jua.

Sebenarnya, aku ngan pengantin lelaki arini bukan ler rapat sangat mase kt skolah SAMT Kuala Kubu Bharu dulu-dulu.. Umur dia pon sebaya ngan wife aku jer masa tu. Tapi kami start close pas juper kt kenduri Sofiuddin bulan Mei aritu. Start dari situ, bermula la episod telefon-menelefon yang tidak kurang dari 10 minit setiap call.. Huhuu..

Orangnyer ramah, jujur dan lurus & suke berterus-terang.. Senang nak sharing suka & duka.. Tu yang kalo telepon aku, x penah sekejap tuh.. hahaaa.. Anyway, aku doakan walau apapon cabaran yang kita hadapi sebelum ni... Mudah2an jodoh kao Faize & Sity berkekalan hingga akhir hayat.. Amin Ya Rabbal A'alamin.. Okesh, off to KKB now.. Nak juper wife & anak2 tersayang.. :-)

Moga Bahagia Berkekalan.. AMIN..

Friday, December 3, 2010

Fotografi : Komposisi dan Kreatif

You don't take a photograph, you make it.
- Ansel Adams
Fotografi ni bukan setakat pegang kamera & main amik gamba sesuke hati. Ia satu kerjaya seni yang sangat best kalo diterokai & dihayati. Therefore, in order to 'make' some good photos, ade la 5 orang hamba Allah ni yg terpilih utk join kursus Fotografi Lanjutan (Advance) - Komposisi dan Kreatif anjuran ASFONS Multimedia.

Kursus selama 4 hari 3 malam ni, selain dari review balik teknik asas penggunaan DSLR, kami juga didedahkan dengan teknik komposisi dan fotografi kreatif. Outing praktikal kat kawasan sekitar hotel kt Banda Hilir, Melaka. Aduuii.. mula2 macam susah mau shoot cam bese.. Sebab nak pastikan kualiti terbaek ikot mcm yang cekgu ajar. Tapi bila kita tengok hasil, Alhamdulillah ada gak improvement. I loikee... :-) 

Cekgu Halidy - salah sorg sifu
 Gambar bawah ni mase night fotoshoot.. Gune slow shutter speed & tripod.

Menara Taming Sari

Melaka Drift
 Gelagat orang2 yang tengah belaja foto;

Layan Awek Belgium & Germany
Rafi & Zul
Faalique
Teknik Framing
 
 Candid shots..

Tunggu Punya Tunggu
Aidid Marcello

Teknik Panning


My Best Shot of The Day. Combination of Expression, Lines & Rule of Third.


Orait, dat's it for now.. tengah planning untuk wat bengkel fotografi untuk warga Kementerian lak. TQVM sbb sponsor training kami nih.. :-)