Wednesday, January 19, 2011

Knowledge Sharing : Asas Fotografi

13 Januari 2011, telah diadakan satu sesi Knowledge Sharing : Asas Fotografi yang telah dianjakkan dari tarikh asal iaitu 6 Januari 2011. Seramai 34 peserta + 4 orang fasilitator telah menghadiri sesi berkenaan yang julung kali diadakan, alhamdulillah dapat sambutan yang sangat baik dari warga KWPKB. Unit Kompetensi (penganjur) dah bajet makanan untuk 40 orang. So, mmg cukup2 jer makanan untuk sumer peserta. Takdak extra. Ramai gak wajah2 yang aku baru kenal, especially team dari Bahagian Kemiskinan Bandar. Hepi sgt bila Tuan Hj Ali, my senior boss (hampir pencen) pon datang.. It's great to meet u guys.. :-)

Sesi sharing start dengan aku selaku penceramah, dalam keadaan terketar2 memulakan majlis. Fuhhh.. giler ko, nervousss.. sangat lama tak bercakap di khalayak ramai... hahahaaa... Kita start dengan Surah Al-Fatihah & niat nak belajar.. kasi berkat sket.. pastu terus aku buli peserta2 sumer, kene sebut tagline hari ni kuat2.. “SERLAHKAN KREATIVITIMU!!” .. kate mereka.. knowledge sharing siap ader tagline beb... nasib ler korang... dapat penceramah kaki buli... hahahaha... :-D

Ramai2 Sebut Tagline - Serlahkan Kreativitimu!

Dah abis ramai2 jerit tagline, baru la aku start naik sheikh... bercakap pon dah laju macam enjin motobot (hopefully diorg ley paham ayat2 aku ;-p) ... go slide by slide ...

Lihat sampel di depan yer murid2.. :-p 
Sedang merapu
Sharing dari en. zulfazli @ Luz Paksu
& finally the practical part ... Audience sumer very sporting & seems enjoying the session... diorg bertanya straight away bila ada yang tak faham & fasi2 lagi 3 orang (Awe, Zul & Rafi) pon sangat membantu audience mengexplore kamera masing2 ... Walaupon masa yang agak terhad, tapi seronok sangat dapat buat sharing ni.

meng'explore' setting
awe sedang guide pn. tina
tn. haji ali & ayu - in action
tunjuk ajar dari en. zul
wina & pose beliau 
kita makan duluu..
Ribuan terima kasih kepada penganjur, Unit Kompetensi yang bagi kami peluang join Kursus Fotografi Advance taun lepas & menganjurkan sesi sharing ini. Kepada my KWPKB photographer team, terima kasih di atas kerjasama anda, pasni leh buat lagi program yang mantap2. Dan kepada sumer peserta-peserta yang hadir sesi ni, terima kasih di atas perhatian & sokongan anda... Sekadar Peringatan : Jangan AMBIL Gambar, BUAT Gambar Ok!.. ;-) 


penceramah menayangkan gigi beliau

2 comments:

  1. As Salam Darling,
    Just want to share wit u :
    http://suarakomputer.blogspot.com/2011/01/nikon-d7000.html?showComment=1295581917092#c344039738889182251

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Dear, thanks 4 sharing... yeahh, i tgh explore my D7000 ke tahap maksimum.. :-)

    ReplyDelete